Syed Rosli Jamalullail

KUALA LUMPUR – Para pemimpin Bersatu antara paling lantang mengkritik UMNO apabila jawatan presiden parti itu tidak dipertandingkan pada permilihan tahun lepas.

Namun ia ibarat ‘dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ apabila Jawatan Presiden Bersatu sendiri sah tidak dipertandingkan baru-baru ini, kata Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullai.

“Mungkin ramai yang terlepas pandang berkenaan jawatan Presiden Bersatu sah tidak dipertandingkan,pengumuman ini yang dibuat oleh Setiausaha Agong Bersatu (Datuk Hamzah Zainuddin) baru-baru ini oleh kerana kita sibuk menghayati dengan pengumuman penarikan subsidi pukal diesel.

“Jawatan Presiden Pas juga telah tidak dipertandingkan pada permilihan parti tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jadi menurut Syed Rosli, kedua dua parti Melayu pembangkang itu jelas cakap tidak serupa bikin dan mengunakan persepsi jahat menyerang UMNO sedangkan mereka sendiri gagal membuka ruang untuk ahli-ahli memilih presiden mereka.

“Dalam hal UMNO pula, majoriti perwakilan persidangan UMNO telah sebulat suara bersetuju agar jawatan presiden tidak dipertandingkan dan disokong oleh 140 daripada 191 Bahagian UMNO,jadi ini jelas mengambarkan budaya demokrasi didalam UMNO masih subur.

“Saya hendak menasihatkan pada ahli-ahli UMNO semdiri jangan termakan dengan hasutan jahat dari Pas dan Bersatu kerana ini jelas mereka sendiri tidak membuka peluang jawatan presiden dipertandingkan,” katanya lagi.

Alasan kedua UMNO tidak mempertandingkan jawatan tertinggi ialah demi kestabilan parti.

“Dikala UMNO agak lemah ketika ini, kestabilan dalaman parti merupakan tunjang utama bagi permulihan parti keramat orang Melayu ini.

“Saya berharap semua ahli ahli UMNO berpegang pada moto parti iaitu Bersatu,Bersetia & Berkhidmat,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin kekal Presiden Bersatu

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here