Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Tempoh tahanan reman seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak ekat Kuantan pada 3 Jun lalu dilanjutkan selama tiga hari hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan bermotor.

“Permohonan reman terhadap suspek yang direman sejak 5 Jun berakhir hari ini,” katanya.

Difahamkan suspek yang beralamat di Sungai Isap, Kuantan itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah dan kali terakhir dibebaskan dari penjara pada tahun 2023.

Pada 3 Jun lalu, lelaki berusia 40 tahun itu melarikan sebuah Honda City bersama seorang warga emas di tempat duduk penumpang di Shell Semambu, dekat  Kuantan.

Lelaki berkenaan dicekup dalam satu serbuan polis di Kampung Cinta Manis, Bentong ketika tidur selepas menceroboh sebuah kediaman dan mengurung lima sekeluarga di dalam sebuah bilik dua hari kemudian. – MalaysiaGazette