KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 38 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, Balai Polis Damansara menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu jam 10.38 pada 10 Jun lalu.
“Manira Mohamed dipercayai keluar daripada rumahnya di Blok D, Flora Damansara, Damansara Perdana pada jam 12 tengahari, 9 Jun lalu.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
“Atau menghubungi terus ke balai polis pegawai penyiasat iaitu Inspektr Hafizul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette