Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalam nahas di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah, pagi tadi.

IPOH – Tiga wanita cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari balai bomba Tapah sampai ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit selepas pihaknya menerima panggilan pada 4.21 pagi.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori dan Perodua Alza. Tiga wanita yang menaiki Perodua Alza cedera parah manakala tiga lagi hanya cedera ringan.

“Mangsa yang cedera ringan keluar dengan sendiri dari kenderaan itu sementara kesemua mangsa yang parah telah dibawa ke hospital berhampiran,” katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 5.08 pagi. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast