Keadaan Gaza yang musnah diserang Israel.-Foto AFP

GAZA CITY – Sekurang-kurangnya 38 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 37,202.

Kementerian Kesihatan di kawasan yang dikepung itu pada hari Rabu memaklumkan, kira-kira 84,932 orang lain turut cedera dalam serangan yang dilakukan oleh Israel dalam tempoh sembilan bulan tanpa henti.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” tambahnya.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera di kawasan itu.

Israel dituduh melakukan “pembunuhan beramai-ramai” di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terbarunya telah mengarahkan Tel Aviv menghentikan serta-merta operasinya di Rafah.-Agensi