Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah rumah di sini semlam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Gani berkata, remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan pada 5.30 petang dan susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

“Seorang daripada lelaki itu dipercayai bertindak mengawal remaja terbabit ketika mengumpul barangan lusuh di rumah itu manakala seorang lagi dipercayai menggaji mangsa.

“Remaja terbabit dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala remaja berkenaan ditempatkan di rumah perlindungan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast