Keadaan bangunan Sky Avenue yang terbakar.

BENTONG – Bukan taman tema Genting Highlands yang terlibat dalam kebakaran pada petang tadi, sebaliknya di bangunan Sky Avenue.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 6.30 petang dan dipadam sepenuhnya 7 malam tadi.

“Kebakaran berlaku dari tingkat tiga dan turun ke tingkat dua dan naik di tingkat empat,” katanya di sini.

Menurutnya, punca kebakaran masih belum diketahui kerana masih dalam siasatan terperinci.

Supt Zaiham Mohd Kahar

“Siasatan lanjut pihak polis serahkan kepada pihak bomba dan siasatan akan dilakukan secepat mungkin kerana tempat tumpuan.

”Walau bagaimanpun keselamatan akan diutamakan,” katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.

Beliau mengesahkan kebakaran itu tidak melibatkan mangsa, cuma sorang warga emas Singapura yang berada di luar bangunan tersebut terhidu asap.

Wanita berusia 68 tahun itu telah menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, wartawan MalaysiaGazette yang berada di lokasi kejadian mendapati  tingkat 3 di Sky Avenue, Genting Highlands yang telah ditutup anggota bomba demi keselamatan.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7 malam tadi.

Zaiham berkata, 78 anggota bomba dari lima balai dan anggota polis digerakkan ke lokasi nahas.

Sementara itu, Pengarah JPBM Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, pihak bomba akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan ia mengambil masa dalam satu atau dua hari.

Menurutnya, jika kebakaran tidak melibatkan perbuatan khianat maka bomba akan diserahkan bangunan berkenaan kepada pemiliknya.

“Namun jika siasatan mendapati sebaliknya, pihak bomba akan menyerahkan kes kepada polis,” ujar beliau.

Wan Mohamad Zaidi Wan Isa

Beliau berkata, pasukan bomba tiba dalam masa enam minit selepas menerima panggilan kecemasan dan dapat mengawal sepenuhnya kebaradan dalam tempoh dua jam.

”Kita terima panggilan pada 4,55 petang jentera sampai dalam pukul 5.01 petang, kebakaran terkawal pada jam 6.30 petang dan operasi pemandaman sepenuhnya pada 7 malam.

”Lima balai terlibat ialah Balai Bomba Genting, Bentong, Selayang dan PPS Janda Baik dan Unit Kebakaran Genting Highands membabitkan keseluruh anggota 36 orang anggota dan empat pegawai serta bantuan pihak polis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast