KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.

“Kepada semua para bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga, saya sanjungi keringat serta pengorbanan anda semua.

“Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast