LONDON – Borussia Dortmund mengumumkan pelantikan bekas pemain tengah, Nuri Sahin sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Edin Terzic.
Sebelum ini, Terzic secara mengejut meletak jawatan selepas berjaya membawa Dortmund ke final Liga Juara-Juara (UCL) dan tumbang 0-2- kepada Real Madrid di Stadium Wembley, awal bulan ini.
Pada masa sama, Terzic membawa Sahin masuk sebagai penolong jurulatih pada Januari lalu, hanya beberapa hari selepas dia meninggalkan tugasan pertamanya sebagai pengurus kelab Liga Super Turkiye, Antalyaspor.
Dortmund mengesahkan Sahin akan dinaikkan pangkat setelah menandatangani kontrak hingga Jun 2027. – Agensi