Anggota bomba sedang mengawal kebakaran rumah setinggan di Jalan Pudu, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Enam daripada tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar sepenuhnya dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 8.04 malam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, Logeswaran A/L Lavan berkata, setibanya di lokasi kejadian, terdapat tujuh tujuh buah pintu rumah setinggan dan enam buah unit rumah musnah 100 peritus.

Manakala sebuah unit rumah musnah 40 peratus.

Kebakaran juga melibatkan rumah kedai 2 tingkat dengan kemusnahan 100% di bahagian tingkat atas.

Katanya, terdapat juga tiga buah kereta dan tiga buah motorsikal terlibat musnah sepenuhnya.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan tiada berlaku kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast