Arab Saudi menerima lebih RM1.8 juta jemaah haji tahun ini. foto media sosial

JAKARTA – Indonesia, penghantar jemaah haji terbesar dunia menerima kuota 221,000 jemaah haji bagi musim haji pada 2025.

Pengumuman itu dibuat Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas susulan penyertaannya dalam Majlis Penutup Perkhidmatan Haji 2024 dan acara pengagihan kuota di Makkah, anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi atas pengumuman awal mereka mengenai kuota itu, yang membantu dalam persiapan haji,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menteri itu juga memuji pihak berkuasa Arab Saudi atas penguatkuasaan ketat mengenai peraturan visa haji dan bukan haji.

Pada tahun ini, Indonesia membantu 241,000 jemaah haji yang terdiri daripada 213,320 jemaah biasa dan 27,680 jemaah khas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast