Anwar Ibrahim

KUCHING – Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sarawak telah menunjukkan peningkatan ekonomi yang membanggakan dan menyumbang kepada kecenderungan pelabur luar untuk datang ke negara ini.

Berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2024 di sini malam ini, beliau berkata, jumlah pelaburan yang dicatat oleh negara tahun lepas adalah yang tertinggi dalam sejarah.

“Selain negeri yang kita kenal seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor, sekarang tidak semena-mena melonjak kebangkitan Sarawak sebagai gergasi ekonomi,” katanya.

Beliau berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Kabinet negeri pimpinannya telah menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan dasar yang jelas itu benar-benar difahami serta dilaksanakan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast