Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim.- ABDULLAH YUSOF, 23 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya tampil dengan memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300.

Kempen tersebut dianjurkan berikutan kesukaran masyarakat yang terjejas dan terkesan dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen tersebut menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam.

Ini antaranya dapat membantu mengurangkan dan mencapai zero tunggakan sekali gus dapat memperbaiki rekod kredit peminjam.

“Diharapkan melalui kempen yang julung kali ditawarkan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh peminjam PTPTN. Jangan lepaskan peluang untuk memastikan masa depan yang lebih cerah tanpa tunggakan.

“Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amatlah dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan kepada anak-anak generasi akan datang, sekaligus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

“Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra yang dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan para peminjam mengambil peluang untuk membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh kempen ini,” katanya dalam kenyataan.

Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 berlangsung selama dua bermula 1 Jun sehingga 31 Julai depan.

Semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen sama ada pinjaman konvensional atau ujrah layak untuk menstruktur pinjaman.

“Peminjam yang mempunyai tunggakan perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.

“Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur,” kata Norliza dalam kenyataan.

Selain penstrukturan, peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan semasa tempoh kempen.

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan kempen dan rundingan bayaran balik sama ada pertukaran ujrah, penggabungan, penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh menghubungi PTPTN:

Careline PTPTN di 03 – 2193 3000. (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)

Live Chat di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)

E-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/)

Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn)

Media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Perbadanan Tabung.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast