MIMOS Advance Pact

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pelancaran Pusat Inovasi Teknologi Industri atau Industry Technology Innovation Centre (ITIC) di Kulim, Kedah menandakan pencapaian besar dalam kemajuan industry teknologi.

ITIC terdiri daripada empat pusat masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Empat pusat terdiri daripada MIMOS yang memberi tumpuan kepada sektor E&E; MRANTI (mengkhususkan sektor Teknologi Dron dan Robotik); MIGHT (memfokuskan kepada Teknologi Bandar Pintar) dan MYSA (menumpukan pada Teknologi Angkasa atau Aerospace).

Beliau berkata demikian Ketika berucap pada majlis perasmian ITIC, Konsortium Penyelidikan Semikonduktor dan Akademi MIMOS di Kulim High-Tech Park baru-baru ini.

Menurut Lih Kang, beliau yakin inisiatif terkini di bawah MOSTI menjadi langkah jangka panjang transformasi dan strategik dalam pembangunan industry teknologi.

“Peluncuran hari ini menggambarkan komitmen MOSTI untuk mewujudkan ekosistem teknologi semikonduktor bagi memacu kedudukan Malaysia dalam sector elektrikal dan elektronik,” katanya baru-baru ini.

Sementara itu pada majlis pelancaran ITIC itu, Lih King turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama rakan-rakan kolaborasi MIMOS termasuk Advance Pact Sdn Bhd (APSB)  pada 13 Jun 2024 di MIMOS Berhad.

APSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast