logo gari
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan ‘love scam’ ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas polis melakukan semakan nombor kad pengenalannya yang didapati memiliki tiga rekod lampau.

Beliau berkata, kesalahan itu melibatkan kes penipuan dan mencuri kenderaan yang dilaporkan di Kuantan, Pahang.

“Suspek ialah orang yang amat dikehendaki berkait kes love scam di laman Facebook pada 2018 yang melibatkan kerugian berjumlah RM16,650,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast