Program Bantuan Kemanusiaan Ibadah Qurban 1445H/ 2024 memberi manfaat kepada lebih 10,000 keluarga dengan purata 30,000 hingga 40, 000 orang.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Atta’awun Selangor (PKAS) selesai melaksanakan program ibadah korban di luar negara iaitu di Tanzania dan Nigeria menerusi Program Bantuan Kemanusian Ibadah Qurban 1445H/ 2024 baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Aiman Sufyan Aezman berkata, sebanyak 189 lembu dan 165 kambing telah dikorbankan yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 keluarga dengan purata 30,000 hingga 40, 000 orang secara keseluruhannya.

Menurut beliau, pihaknya bersyukur dapat melunaskan tanggung jawab dengan membawa misi kemanusian rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program ibadah korban di dua negara berkenaan.

“Tanzania dan Nigeria dipilih kerana mempunyai penduduk miskin yang paling ramai selain mempunyai ramai penduduk beragama Islam.

“Pada masama, dua negara ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia yang secara tidak langsung memberi banyak kemudahan untuk sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Bantuan Kemanusian Ibadah Qurban 1445H/ 2024 dianjurkan sejak tahun 2017 dan edisi kali kelapan tahun

Program Bantuan Kemanusian Ibadah Qurban 1445H/ 2024 disertai Da’ei Aiman dan juga seorang sukarelawan, Ahmad Daniel I’zzat Jamaluddin yang mewakili PKAS.

Ia yang dianjurkan sejak tahun 2017 dan edisi kali kelapan tahun merupakan kerjasama Al-Madinah International University (MEDIU) dan IbadahQurban.org.

Mengulas lanjut, Aiman Sufyan menambah jalinan kerjasama itu bukan sekadar menjalankan program korban bersama sahaja namun memberi impak lebih besar kepada masyarakat melalui penghayatan ibadah korban.

Beliau berharap kerjasama itu akan berterusan pada masa akan datang dalam berkongsi rezeki bersama golongan kurang berkemampuan sekali gus menyemarakkan sambutan Aidiladha tahun depan.

“Kerjasama ini adalah bukti keprihatinan kami bersama berbakti dan menyantuni golongan kurang berkemampuan, terutamanya asnaf dan fakir miskin serta membawa keceriaan kepada mereka di luar negara.

“Kebanyakan negara yang dipilih adalah kerana terdapat banyak golongan yang masih memerlukan bantuan di mana isu kebuluran, kemiskinan dan kekurangan fasiliti bekalan air dan elektrik sudah sinonim dengan mereka.

“Korban itu tidak lain hanya untuk ibadah diri sendiri dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah sebaliknya anda ketaqwaan kita akan disusuli selepas ibadah ini selesai dilakukan,” katanya. – MalaysiaGazette

Program Bantuan Kemanusian Ibadah Qurban 1445H/ 2024 disertai Da’ei Aiman dan juga seorang sukarelawan, Ahmad Daniel I’zzat Jamaluddin yang mewakili PKAS.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast