Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat lokasi yang dijadikan sarang pelacuran tegar di sekitar ibu kota diletakkan dalam radar penguatkuasaan polis.

Empat lokasi itu ialah Jalan Petaling, Jalan Gelang, Jalan Pudu dan Hotel Richmoore.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan secara berterusan bukan sahaja di lokasi berkenaan, malah di kawasan lain yang dikenalpasti sebagai lubuk pelacuran.

“Empat lokasi lubuk pelacuran di ibu kota dalam radar polis – Rusdi

“Jika dulu semua orang berhenti di tepi jalan semata-mata mahu melihat mereka ini berpeleseran di tepi jalan apatah kanak-kanak juga boleh tahu siapa mereka dan pekerjaannya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, setakat ini polis Kuala Lumpur telah melaksanakan 409 serbuan bagi membanteras aktiviti pelacuran di enam daerah di sekitar ibu negara bermula 1 Januari sehingga 23 Jun lalu.

Tambah beliau, daripada jumlah itu sebanyak 1,691 individu terdiri daripada pelbagai warganegara yang disyaki menjalankan aktiviti berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.

“Sebanyak 86.06 peratus daripada serbuan yang dibuat berjaya dituduh di mahkamah mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

Pada Sabtu minggu lalu, polis menyerbu aktiviti kegiatan pelacuran sekitar Pudu dengan 27 orang individu termasuk pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur yang disyaki menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM100 ditahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast