Berpuluh-puluh maut selepas terlibat dalam rempuhan ketika hadir dalam acara keagaman di Uttar Pradeh, India. Foto Ary News

NEW DELHI – Lebih 50 orang terbunuh dalam rempuhsn di sebuah perhimpunan agama Hindu di daerah Hathras di negeri Uttar Pradesh.

“Hampir 50 hinggs 60 kematian telah dilaporkan oleh doktor,” kata Majistret daerah Hathras, Ashish Kumar.

Mangsa, termasuk sejumlah besar wanita dan beberapa kanak-kanak, masih dikenal pasti.

Mereka yang terselamat telah menggambarkan bagaimana bencana itu berlaku ketika para peserta cuba meninggalkan acara itu di kampung Mughalgarhi.

Seorang saksi berkata: “Semuanya “berjalan dengan baik”, sehingga “tiba-tiba saya mendengar jeritan dan sebelum saya sedar, orang ramai jatuh di atas satu sama lain,”.

“Apabila acara selesai, semua orang mula berlari keluar,” kata seorang wanita bernama Shakuntala kepada agensi berita Press Trust of India.

Menurutnya: “Orang ramai terjatuh dalam longkang di tepi jalan. Mereka mula jatuh di atas yang lain dan cedera hingga mati.”

Umesh Kumar Tripathi, ketua pegawai perubatan dari daerah Etah memberitahu, pemberita, rempuhan itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut.

Beberapa video menunjukkan mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki trak pikap, tuk tuk dan juga motosikal.

Beberapa mayat ditinggalkan di pintu masuk hospital tempatan ketika saudara mara menjerit meminta tolong.

“Kemalangan besar seperti itu telah berlaku tetapi tiada seorang pun pegawai perubatan hadir di sini,” kata seorang saudara dalam video lain.

Kumar berkata, tempat itu telah penuh sesak, sambil menambah, jawatankuasa peringkat tinggi telah dibentuk untuk menyiasat kejadian itu.

“Fokus utama pentadbiran adalah untuk memberikan segala bantuan yang mungkin kepada mangsa yang cedera dan waris si mati,” katanya.

Video yang dikongsi oleh agensi berita PTI menunjukkan mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Prosedur bedah siasat sedang dijalankan dan perkara itu sedang disiasat,” kata pegawai kerajaan, Satya Prakash di daerah Etah.

Di Hathras, jeritan ahli keluarga yang kecewa boleh didengari di hospital tempatan.

Ramai orang cuba mencari keluarga, banyak mayat tidak dituntut.

Terdapat kekurangan ambulans – setiap satu membawa dua hingga tiga mayat.

Kemalangan dilaporkan secara rutin pada acara keagamaan di India, kerana orang ramai berkumpul di ruang yang sempit dengan sedikit pematuhan terhadap langkah keselamatan.

Pada 2018, kira-kira 60 orang terbunuh selepas kereta api merempuh orang ramai yang menyaksikan perayaan Dusshera, perayaan Hindu.

Pada 2013, pergaduhan Hindu di negeri tengah Madhya Pradesh telah membunuh 115 orang. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here