Jakarta- Indonesia menjadi pemain global terbaharu dalam industri kenderaan elektrik (EV) menerusi perasmian ekosistem EV di negara itu.

Presiden Joko Widodo berkata, Indonesia mempunyai sumber alam yang melimpah ruah tetapi hanya melakukan eksport bahan mentah tanpa nilai tambah.

“Hari ini, kita telah memasuki fasa baharu dalam menjadi pemain global dalam ekosistem EV dan sel bateri,” katanya ketika berucap di majlis perasmian ekosistem bateri dan EV Korea Selatan di Indonesia, di PT Hyundai LG Indonesia Green Power, Kerawang, hari ini.

Tambahnya, dengan pembinaan kilang pelebur dan sel bateri kenderaan elektrik, Indonesia akan menjadi pemain antarabangsa yang penting dalam rantaian bekalan global untuk EV.

“Kita harus menjadi pemain global dalam rantaian bekalan EV.

“Projek ini sudah pun bermula dan ia merupakan kilang sel bateri pertama dan terbesar di Asia Tenggara,” katanya.- Antara News

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast