Buruh warga Indonesia ditahan bersama kereta Proton Gen-2. - Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang buruh warga Indonesia yang dikehendaki polis berkaitan kes samun berkumpulan tanpa senjata semalam ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Putra, Tasek Tambahan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil pemeriksaan pada jam 9 pagi ini mendapati, lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Semasa penugasan dijalankan anggota bertugas telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Gen-2 yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Semakan lanjut ke atas nombor pendaftaran yang dipamerkan menggunakan alat Mcops mendapati, terdapat status dikehendaki berkait laporan di Balai Polis Pandan Indah di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, pemandu terbabit bersama kenderaan itu dibawa balik ke balai polis bagi tindakan lanjut dan tangkapan dilakukan untuk rujukan di bawah seksyen yang sama.

“Suspek telah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Ampang untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast