Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam selepas kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki terbabit telah beberapa kali masuk ke dalam tandas wanita berkenaan termasuk pada 26 Jun dan Rabu lepas.

“Pemeriksaan dalam telefon bimbitnya menemukan gambar dan video dalam tandas itu serta gambar dan video lucah lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, lelaki terbabit mendakwa dia melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.

Beliau berkata. suspek direman selama empat hari hingga 8 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah  Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast