Pengerusi SUHAKAM, Datuk Seri Hishamudin Md Yunus

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 (Akta 597).

Mohd Hishamudin, 75, menggantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad, 64, yang meletak jawatan secara sukarela berkuat kuasa 31 Ogos lepas.

Rahmat menjawat jawatan berkenaan bermula 22 Jun 2022. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast