Gambar hiasan

BAITULMAQDIS- Masih terdapat jurang di antara cara Israel dan Hamas untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan.

Sehubungan itu, Israel akan menghantar delegasi untuk rundingan baharu di Qatar, minggu depan.

Jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata demikian menerusi kenyataan yang dibuat selepas delegasi diketuan ketua agen Mossad, David Barnea mengadakan rundingan pusingan pertama dengan pengantara di Doha, Jumaat lepas.

“Adalah dipersetujui pada minggu depan, perunding Israel akan ke Doha untuk meneruskan rundingan. Masih terdapat jurang antara parti,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Sejak meletusnya perang sembilan bulan lalu, tiada gencatan senjata dapat dilaksanakan selain pada November tahun lalu selama seminggu.

Ia juga menyaksikan 80 tebusan Israel dibebaskan sebagai balasan kepada pembebasan 240 warga Palestin yang dipenjarakan di Israel.

Amerika Syarikat (AS), yang bekerjasama dengan Qatar dan Mesir dalam usaha untuk menjadi perantara perjanjian, membincangkan kepentingan keputusan Netanyahu untuk menghantar delegasi ke Qatar.

Seorang pegawai kanan berkata, AS percaya Israel dan Hamas mempunyai ‘cadangan pembukaan yang agak ketara’ untuk mencapai persetujuan.

Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan syor perjanjian gencatan senjata pada Mei lalu, yang dikatakan dicadang oleh Israel.

Ia termasuk gencatan senjata selama enam minggu, pengunduran Israel dari pusat penduduk Gaza dan pembebasan tebusan oleh pejuang Palestin.

Perbincangan itu kemudian terhenti, namun pegawai AS itu pada Khamis, berkata cadangan baharu daripada Hamas ‘memajukan proses ke hadapan dan mungkin cukup berasas untuk menutup perjanjian’, dan ‘kerja yang penting’ tetap kekal.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast