Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan pilihan raya membuktikan rakyat sudah kecewa dengan kepimpinan Kerajaan Madani yang memungkiri janji.

“Kemenangan ini bukanlah mudah, terima kasih kepada pengundi Sungai Bakap yang berhikmah, jentera Perikatan Nasional yang bekerja keras siang dan malam juga patut mendapat pujian.

“Saya berharap Perdana Menteri Anwar tidak lagi mungkir janji, memberikan harapan palsu kepada pelajar SPM 10A, dan kemudian mengabaikan isu-isu rakyat serta terus menaikkan harga RON 95. Mendengar suara rakyat adalah janji perdana menteri sendiri, jangan berpaling tadah lagi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keputusan pilihan raya kecil semalam adalah mesej jelas para pengundi Sungai Bakap kepada Kerajaan Madani.

Dominic turut menegaskan, sama ada pengundi mengundi Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap harus dihormati kerana itulah demokrasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast