Jerun Platform

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan di Blok SK 408 terletak kira-kira 160 kilometer dari pantai Sarawak telah mencapai pengeluaran gas pertamanya, baru-baru ini.

Blok ini dikendalikan oleh Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc. (SapuraOMV) yang memegang 40 peratus kepentingan penyertaan, manakala baki 60 peratus dikongsi secara sama oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan Sarawak Shell Berhad (SSB)

Medan Jerun pertama kali ditemui pada 2015 oleh SapuraOMV selepas penggerudian sembilan telaga penerokaan dari 2014 hingga 2015.

Medan ini mampu menghasilkan sehingga 550 juta kaki padu standard sehari (mmsfd), sekali gus bersedia untuk menangani peningkatan permintaan tenaga global.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Datuk Ir. Bacho Pilong, berkata, kejayaan ini menambah portfolio tenaga negara dan menjanjikan sumbangan besar ke arah mengekalkan bekalan gas jangka panjang di Malaysia.

Katanya, Petronas komited untuk memastikan bekalan minyak dan gas yang optimum dan mampan untuk keselamatan tenaga untuk negara sambil meneruskan usaha yang disengajakan ke arah mencapai operasi karbon rendah, pelepasan rendah, selaras dengan matlamat kami untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast