SAN FRANCISCO- Meta mengesahkan akan mula memadamkan hantaran yang melabelkan Yahudi “zionis” dan mensasarkan untuk membahayakan mereka.
Dasar terkini Meta berhubung penggunaan zionis itu hadir selepas gergasi teknologi di belakang Facebook dan Instagram berhasrat untuk menyeimbangkan kebebasan bersuara dengan serangan serta kebencian terhadap Yahudi.
“Sekarang kami akan memadamkan kandungan yang menyamakan zionis dengan golongan tidak berperikemanusiaan, menyeru kemudaratan atau menafikan kewujudan yang sering menyamakan zionis sebagai Yahudi atau orang Israel,” kata Meta di dalam hantaran di blognya.
Perubahan itu meluaskan lagi pendekatan Meta untuk menyelesaikan masalah berkaitan perkataan tersebut yang sering digunakan sebagai ucapan kebencian apabila ia digunakan bersama imej anti-sematik atau dirujuk secara jelas sebagai penganut Yahudi.
Menurut Meta, ia akan memadamkan kandungan menyerang zionis apabila perkataan tersebut terikat stereotaip anti-sematik antaranya mendakwa golongan itu menguasai dunia atau mengawal media.- Agensi