GUA MUSANG – Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara, di sini, semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.

Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, adiknya Siti Norelyana, 21, kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira 8 malam semalam dan berada dalam pemantauan rapi petugas kesihatan.

Beliau berkata, adiknya akan menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan antaranya tulang belakang, tulang rusuk, hati dan paru-paru.

“Adik saya ditidurkan kira-kira 6 petang semalam dan sekarang ini doktor sedang merawat bahagian usus yang berkemungkinan akan mengalami komplikasi.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan adik saya dan berharap semua terus kekal berdoa supaya dia dapat pulih,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Azwa berkata, mengikut perancangan Siti Norelyana akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini.

Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa oleh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kemalangan berpunca daripada turn-table lori balak itu patah ketika mengambil selekoh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast