Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori yang ditahan sebagai suspek kedua kerana disyaki mengugut pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau dikenali Esha direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek kedua, 44, disyaki pengguna akaun TikTok @DulalBrothers dihadapkan ke mahkamah pagi tadi.

“Mahkamah membenarkan suspek seorang pemandu lori warga tempatan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan polis dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rajeswary ditemui meninggal dunia pada 5 Julai lalu, iaitu sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap beliau menerusia aplikasi TikTok.

Menurut  Ahmad Sukarno, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast