KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Ismail Man berkata, kemalangan berlaku pada jam 5.50 petang semasa lori yang dipandu oleh lelaki tempatan dari arah Ladang Selborne dalam perjalanan balik ke Kampung Selindang.
Manakala dua remaja perempuan masing-masing berusia 14 tahun baru balik mengaji di Kampung Gua, menghala ke Kampung Padang Tengku.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian di simpang tiga, motosikal berkenaan bertembung dengan lori yang bergerak di laluan terus.
Akibat kemalangan tu, Nor Arisya Husniyah Azli Hisham maut di tempat kejadian dan penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette