Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan melecur di belakang badan selepas terkena seterika dalam kejadian di kediamannya dekat Ara Damansara, Petaling Jaya semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain dengan sepupunya yang berusia setahun.

Siasatan awal polis mendapati sepupunya mengusik mangsa sehingga menangis dan ketika itu kakak sepupunya berusia 11 tahun sedang menggosok baju menggunakan seterika jenis wap air.

“Kakak sepupunya kemudian memujuk mangsa yang menangis dengan memeluknya sambil memegang seterika kerana bimbang terjatuh.

“Adiknya datang dan seterika yang dipegang wanita itu terkena pada bahagian belakang badan mangsa. Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan keadaannya dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hussin Sollehuddin, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dalam kes berkenaan.

Polis sudah memanggil dan mengambil keterangan daripada lima penghuni rumah bagi membantu siasatan lanjut kes ini.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast