Isa Yusuf diselamatkan oleh Maritim ketika ditemui di Pulau Burung, pagi tadi. Foto TVS

KUALA LUMPUR – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang di perairan muara Sebuyau sejak Jumaat lalu ditemui selamat.

Dia ditemui di Pulau Burung jam 9.15 pagi tadi oleh Bot Kilat 35 Maritim.

Mangsa, Ong Kim Huat@Isa Yusuf, 65, kali terakhir dilihat menaiki bot fiber berwarna biru dan oren dari Jeti Baraj Kuching.

Serentak itu, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, aset Maritim Malaysia KM BIJAK telah diatur gerak bersama aset Pasukan Polis Marin (PPM) PSC 11 ke lokasi terakhir mangsa dilaporkan.

Isa telah selamat tiba di Jeti Lembaga Sungai Sarawak Sebuyau pada jam 10 pagi tadi.

Dia terus dibawa ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk pemeriksaan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast