Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara di sini hari ini.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak itu diwasalkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam satu istiadat di Dewan Seri Maharaja.

Istiadat mewasalkan darjah kerabat Perak itu turut disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak dipersembahkan kepada Sultan-sultan pemerintah negeri dan Raja-raja Permaisuri serta pemerintah tertinggi luar negeri.

Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast