PUTRAJAYA – Budak perempuan empat tahun yang maut dari tingkat 16, di Presint 9 pagi tadi disyaki terjatuh dari tingkap bilik tidur utama rumahnya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, semasa kejadian mangs ditinggalkan bersendirian kerana bapanya menghantar kakak mangsa ke sekolah manakala ibunya telah keluar bekerja.
“Siasatan awal mendapati mangsa biasa ditinggalkan sendirian, kerana mangsa masih tidur sebelum dihantar ke Taska Mafiz yang terletak di bawah blok perumahannya,” katanya di sini.
Menurutnya, bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di Kementerian Digital manakala ibuya adalah berkhidmat sebagai guru Tadika MAIP.
A. Asmadi berkata, pihaknya masih menyiasat kes ini dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dari Hospital Putrajaya. – MalaysiaGazette