Gobind Singh Deo.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan)  mencadangkan menaikkan kadar hukuman sedia ada bagi sebarang pelanggaran Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, peruntukan sedia ada memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Pindaan ini akan meningkatkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Pindaan ini adalah sangat penting bagi mengurangkan insiden pelanggaran data peribadi selain memberikan mesej kepada semua pihak terbabit mengenai komitmen kerajaan dalam melindungi data peribadi.

“Penentuan peruntukan denda sehingga RM1 juta ini adalah berasaskan kepada nilai yang diperuntukkan dalam akta yang lain di dalam negara seperti Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Akta 17) dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 (Akta 788),” katanya ketika membentangkan RUU terbabit di Dewan Rakyat di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast