Foto Facebook Afnan Hamimi.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Kedah menerima lawatan rasmi Menteri Besar, Datuk Muhammad Sanusi Nor bersama delegasinya yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, lawatan itu bertujuan memberikan gambaran langsung perjalanan Parlimen Malaysia serta mengukuhkan hubungan antara institusi parlimen dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.
“Saya antara yang memimpin delegasi ini bagi melawat sekitar bangunan-bangunan di Parlimen ini.
“Sebelum itu, delegasi ini dibawa masuk ke Dewan Rakyat bagi mengikuti secara langsung sesi perbahasan sidang Parlimen.
“Saya mewakili Ahli-ahli Parlimen Kedah mengucapkan ‘selamat datang’ kepada delegasi YAB Menteri Besar kerana sudi mengadakan lawatan ke sini.
“Semoga lawatan seperti ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dengan institusi persekutuan bagi menuju impian “The Greater Kedah”,” katanya di Facebook miliknya di sini. – MalaysiaGazette
Foto Facebook Afnan Hamimi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast