Sebanyak 21 bot nelayan asing dilupuskan APMM Pulau Pinang semalam.

BATU MAUNG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melupuskan sebanyak 21 bot nelayan asing di Perkarangan Limbongan Batu Maung di sini, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, tindakan pelupusan itu dilakukan dengan cara musnah dan buang.

“Terdapat sebuah bot daripadanya terdahulu pernah ditahan oleh Maritim Malaysia pada tahun 2022.

“19 bot lagi ditahan pada 2023 manakala sebuah lagi pada awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Razali, dalam mengendalikan kes ini, pihaknya telah menggunakan dua kaedah pelupusan iaitu kaedah musnah pecah dan kaedah tenggelam bagi dijadikan tukun.

“Keseluruhannya, setakat ini sebanyak 21 bot nelayan asing dilucut hak dan perlu dilupuskan membabitkan anggaran nilai perolehan asal bot sebanyak RM45,000,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast