PARIS- Perkampungan atlet bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 dibuka secara rasmi dan menerima pengunjung pertama, semalam.
Perkampungan yang terletak di utara Paris akan menempatkan hampir 14,500 orang terutama 9,000 atlet pada waktu puncak.
Lapan hari sebelum majlis pembukaan temasya empat tahun sekali itu, pasukan pertama yang tiba di perkampungan berkenaan adalah dari Australia dan Brazil.
“Kami sudah bersedia,” Timbalan Ketua Kampung, Augustin Tran Van Chau memberi media Perancis.
Menurut penganjur, dengan suhu yang ditetapkan sekurang-kurangnya 6 darjah celcius, kampung atlet itu tidak memerlukan penyaman udara.
Bagaimanapun katanya, terdapat delegasi menempah unit penyaman udara masing-masing.
Selepas digunakan oleh atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik antara 26 Julai dan 8 September, pangsapuri-pangsapuri berkenaan akan ditukarkan kepada kediaman.
Katanya, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pangsapuri berkenaan akan digunakan sebagai perumahan rakyat.- AFP