Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yakin MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, UMNO dan MCA sudah serasi sebelum sejak merdeka lagi walaupun adakalanya bertegang urat.

Apatah lagi, ujar beliau, MCA ketika ini dipimpin oleh Datuk Seri Wee Ka Siong yang disifarkan beliau “die hard” BN.

“Maka, cerita MCA akan keluar BN hanyalah manipulasi pihak tertentu sahaja,” katanya menerusi hantaran laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ahli akar umbi MCA tidak lagi gembira dengan kedudukan parti itu di dalam BN selepas menyertai pakatan berkenaan sejak 72 tahun lalu.

Memetik beberapa pemimpin MCA yang tidak dinamakan, laporan itu menambah, ahli akar umbi sedang memberi tekanan dari dalam supaya pucuk pimpinan MCA membuat keputusan keluar daripada BN.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, MCA wajar berasa terpinggir kerana tidak diberi peranan di peringkat Pusat.

Namun, jelas beliau, itu juga adalah realiti yang ditanggung UMNO ketika berada di bawah Perikatan Nasional (PN) suatu ketika dulu, yang mana hierarki UMNO ketika itu tidak dihormati.

“Tetapi MCA masih ada jawatan Exco di Johor dan Melaka. Keluar BN bukan option (pilihan) yang baik. Takut yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ada pun tak membantu. Kecuali ganti presiden haru. Sebab yang ada ni berbau Perikatan Nadional.

Comments are closed.