KUALA LUMPUR – West Coast Expressway (WCE) mengumumkan pelaksanan kutipan tol di Jajaran Seksyen 11 (Taiping Selatan – Trong – Beruas) bermula jam 12.01 tengah malam, 24 Julai 2024.
Jajaran sepanjang 35.5km ini telah beroperasi secara percuma, sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac 2024 oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi.
Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch 'N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan & Lekir sahaja), dan RFID. – MalaysiaGazette