Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM135,150 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya wanita berusia 25 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa pegawai daripada Jabatan Komunikasi Digital, Bahagian Penyekatan Rangkaian, 2 Julai lepas.

Beliau berkata mangsa telah dimaklumkan bahawa nombor telefon yang digunakannya telah menyebarkan pautan tidak sah di Perak.

“Panggilan telefon itu telah disambungkan kepada suspek kononnya pegawai polis dan telah meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang terperdaya telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM128,000 selain menggunakan wang simpanan untuk melakukan 11 transaksi ke enam akaun bank berlainan hingga kerugian sebanyak RM135,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu apabila membuat semakan menerusi aplikasi Google berkaitan penipuan dalam talian dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast