Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas kedua yang ditemukan di celah batu di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi tadi

KOTA TINGGI – Mayat seorang pekerja kedai jual peralatan sukan yang hilang semasa mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di sini semalam, ditemukan pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, pihaknya menemukan mayat Haqim Abdul Rahim Lee, 20, ditemui tersangkut di celah batu di pantai tersebut.

“Pasukan penyelamat membuat pencarian lebih kurang dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Mangsa ditemui pada jarak satu kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dilihat pada jam 7.45 pagi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi dan berkelah di pantai berkenaan pada pukul 9.38 pagi.

Mayat pertama, Muhammad Syahmie Zamzam, 26 ditemui pada pukul 3.19 petang semalam pada jarak 100 meter dari pantai tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast