Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan Foto ihsan PDRM

MELAKA- Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal dalam kejadian langar lari di Lebuh Raya Utara-Selatan KM 213.2 arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan nahas itu kira-kira 3.27 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa Mohd. Firdaus Md Ramli, 38,yang beralamat di Taman Bidara Emas, Masjid Tanah dekat sini, ditemukan terbaring di atas jalan dengan keadaan badan hancur di bahagian perut dan kaki.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dari arah utara Lebuh Raya menghala ke Selatan Lebuh Raya. Sampai di lokasi kejadian di KM213.2 arah Selatan, mangsa dipercayai telah terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan.

“Mangsa kemudiannya terjatuh di atas permukaan jalan sebelum dilanggar dengan kenderaan yang tidak dapat dipastikan sehingga anggota badannya hancur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, mangsa yang merupakan Penolong Pejabat Daerah Tanah Melaka Tengah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya telah dibawa ke unit forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Motosikal mangsa pula akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Mengulas lanjut Ashari berkata, terdapat kesan calar atas permukaan jalan yang mempunyai tiga lorong itu.

Dalam pada itu lorong kecemasan dan cuaca baik, keadaan jalan juga kering namun kawasan itu gelap tanpa lampu.

Polis sedang menunggu hasil bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast