Batang marmar torso wanita yang ditemui. Foto : DHA Photo

ANKARA – Sebanyak 12,139 artifak bersejarah telah dihantar pulang ke Turki sejak 2002, sejurus negara itu mempergiatkan semula usaha untuk menemui artifak budaya.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki menyatakan 7,823 artifak diperolehi setakat 2018, lapor akhbar Daily Sabah.

“Kebanyakkan artifak itu telah diambil semula dari negara-negara barat seperti England, Itali dan Amerika Selatan.

“Terdapat juga yang telah dipintas semasa melalui transaksi komersial.

“Sebagai contoh, patung gangsa maharaja yang sepatutnya dilelong di New York pada tahun 2011 telah dikenalpasti dan dipulangkan semula ke Turki,” katanya kementerian oti seperti dipetik Daily Sabah.

Baru-baru ini, sebuah patung marmar wanita muda yang ditemui daripada lelongan pada 2021 dikenalpasti sebagai artifak sejarah Turki dan ia dihantar pulang ke Muzium Tamadun Anadolu pada 26 Januari lalu. – Daily Sabah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast