Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

PETALING JAYA – Seorang warga tempatan yang ditahan polis dalam kes seorang warga asing menjadi mangsa liwat di gimnasium sebuah kondominium dalam pada 4 Julai lalu telah dibebaskan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya berbuat demikian kerana kes telah diklasiffikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

“Kes tersebut telah mendapat arahan untuk NFA memandangkan pengadu telah menarik balik aduannya,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas dihubungi hari ini.

Berikutan perkembangan itu, suspek telah dibebaskan daripada kes berkenaan.

Terdahulu media melaporkan pada 5 Julai lalu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun bahawa dia menjadi mangsa liwat seorang lelaki tempatan yang baru dikenalinya di gimnasium sebuah kondominium pada Mac lalu.

Shahrulnizam dalam kenyataan terdahulu mengesahkan kejadian dipercayai berlaku selepas suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual dan siasatan awal mendapati setelah sampai di rumah, suspek bertindak membuka pakaian  pengadu dan menyentuh tubuh badan serta kemaluan pengadu.

“Pengadu tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar mendengar  atau melihat kejadian tersebut yang boleh memalukan pengadu.

“Suspek kemudian disyaki memasukkan kemaluannya di dalam dubur pengadu.

“Mangsa yang kemudian dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan pada dubur mangsa,” katanya.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana mengadakan persetubuhan secara luar tabii.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast