KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat Malaysia untuk mendoakan dan memberi sokongan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
“Kita rakyat Malaysia harus mendoakan Kontinjen Malaysia supaya dapat menempa sejarah dan melakar satu prestasi baik dan menggondol hadiah yang mungkin kita perolehi.
Jadi, sama-sama kita mengikuti, menyaksi dan mendoakan ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan Team Malaysia berjaya!,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan di media sosial beliau malam ini.
Seramai 26 orang atlet negara yang akan bertarung di temasya sukan terbesar dunia yang berlangsung dari 26 Julai sehingga 11 Ogos depan.- MalaysiaGazette