Dua penguat kuasa menunjukkan 2kg sarang burung yang cuba dibawa masuk tanpa permit sah melalui Terminal 2 KLIA. - Ihsan Maqis

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sarang burung bernilai RM8,000 yang cuba dibawa masuk ke dalam negara oleh seorang individu tanpa kebenaran, di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 Khamis lepas.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata, sarang burung seberat dua kilogram yang diletakkan dalam empat bungkusan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekitar pukul 11.45 malam.

“Sarang burung tersebut disita oleh pihak Maqis kerana tidak mempunyai permit import yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbuatan mengimport sarang burung tanpa permit yang sah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011(Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Mohd Sobri berkata, pihak Maqis akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast