KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini menjelaskan bahawa ia sama sekali tidak terlibat dengan sebarang iklan hartanah/jual beli rumah di aplikasi Facebook yang menggunakan logonya.

Menerusi hantaran di Facebook, MBSA berkata, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun Facebook yang menggunakan nama Shah Alam Majlis Perbandaran.

Saluran media sosial rasmi MBSA adalah Facebook (@shahalamcitycouncil), Instagram (@sacitycouncil), Twitter (@sacitycouncil) dan Tiktok (@sacitycouncil).

Sehubungan itu, MBSA turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan iklan yang mengelirukan/palsu dan menggunakan logo atau nama MBSA tanpa kebenaran di platform media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast