KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat sebuah stesen minyak didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Selangor hari ini menjual diesel bersubsidi kepada pelanggan, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahya mengenakan hukuman denda ke atas lelaki berusia 50-an selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Difahamkan, pelanggan yang terlibat merupakan sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan kerja bahagian elektrik dan kejuruteraan.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata, lelaki hadir bagi sebutan pertama saman.

“Berdasarkan pertuduhan, stesen minyak terletak di Tanjong Karang itu telah menjual diesel bersubsidi berjumlah 3,720 liter kepada pelanggan pada 5.45 pagi, 25 Mei 2022.

“Urus niaga itu salah di bawah peruntukkan Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 – iaitu pemegang lesen runcit (syarikat / Orang Kena Saman) tidak dibenarkan untuk menjual barang kawalan petrol/diesel kecuali untuk tangki asalkenderaan / kepada pengilang / industri yang mempunyai kebenaran oleh Pengawal Bekalan (di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961),” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Khatijah Abdul Rajah manakala tertuduh hadir tanpa peguam bela.  – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast