Pemangku Sultan Johor, Tuanku Mahkota Ismail (tengah) menerima menghadap Datuk Onn Hafiz dan wakil kerajaan negeri untuk bincang mengenai sekolah rintis Johor yang akan bermula tahun depan

JOHOR BAHRU – Sekolah rintis Johor akan diperkenalkan bermula tahun depan dalam menyediakan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing pada masa depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sekolah rintis itu juga sebagai usaha memberikan pendidikan yang berkualiti.

“Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuteraan Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris.

“Sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

“Semoga apa yang dirancang ini akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan Johor. Sama-sama kita doakan,” ujar beliau menerusi hantaran terbaharu dalam Facebook miliknya hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast