Turkish Airlines

ISTANBUL – Turkish Airlines memaklumkan ia menangguhkan semua penerbangan ke Iran.

Penerbangan yang dirancang ke beberapa lokasi di Iran dijangka disambung awal Sabtu, menurut maklumat yang diperoleh Anadolu.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan antara Israel dan Iran.

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh telah dibunuh pada hari Rabu lalu di Tehran.

Susulan itu, Hamas dan Iran telah menyalahkan Israel atas pembunuhan itu tetapi Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab atas kematian Haniyeh. – Agensi